Perkembangan semasa dan akan datang Enjin_diesel

Setakat 2008, kebanyakan sistem suntikan terus rel sepunya serta sistem suntikan unit menggunakan pemancit baru yang menggunakan wafer piezoelektrik tersusun bagi menggantikan unit pemancit solenoid, memberikan kawalan lebih halus semasa suntikan.[7]

Pengecas turbo geometri boleh laras mempunyai bilah anjal, yang bergerak serta membenarkan lebih banyak udara memasuki enjin bergantung kepada beban enjin. Teknologi ini meningkatkan prestasi serta penjimatan bahan api. Lengahan turbo juga dikurangkan memandangkan inertia turbo telah dipampaskan.[8]

Accelerometer pilot control (APC) menggunakan meter pemecut bagi menghantar tindak balas mengenai tahap kebisingan dan gegaran enjin dan dengan ini ia mengarahkan ECU untuk menyuntik jumlah bahan api yang minimum untuk menghasilkan pembakaran yang lebih senyap tetapi masih menghasilkan kuasa yang diperlukan (terutamanya semasa kelajuan melahu).[9]

Enjin diesel rel sepunya generasi akan datang diramalkan bakal menggunakan suntikan geometri boleh laras, yang membenarkan sejumlah bahan api yang disuntik dilaraskan pada banjaran yang lebih luas, serta sistem pemasaan injap boleh laras sebagaimana enjin petrol.Di kebanyakan negara termasuklah di Amerika Syarikat, undang-undang pelepasan asap yang lebih ketat pada masa akan datang memberikan cabaran kepada pengeluar enjin diesel. Cara lain bagi memperoleh pembakaran yang lebih cekap, seperti HCCI (pembakaran mampatan bercas homogen) sedang dikaji.[10]

Rujukan

WikiPedia: Enjin_diesel http://www.denso.com.au/products/aftermarket_autom... http://www.tc.gc.ca/programs/environment/etv/vgt-e... http://www.analog.com/en/technical-library/faqs/de... http://www.autobloggreen.com/2007/08/26/abg-tech-a... http://www.dieseltechniciantraining.com/natef-dies... http://www.factsaboutscr.com http://www.greencarcongress.com/2008/02/european-a... http://auto.howstuffworks.com/diesel.htm http://www.marineenginedigest.com/ http://openticle.com/mechanical-science-handbook/d...